TAHUKAH ANDA?KENAPA BUKAN NABI MUHAMMAD SAW TAPI NABI ISA YANG DIPILIH ALLAH SWT, UNTUK BUNUH DADJJAL. !!!

 

Saya ringkaskan isi kuliah maghrib yang suami dengar dan di sampaikan pada saya. Moga kita perolehi sedikit pengetahuan ya mengapa Allah AWT tentukan Nabi Isa untuk membunuh dajjal

Begini kisahnya….. Bila hari kiamat hampir tiba nanti Allah akan turunkan Nabi Isa untuk menghancurkan Dajjal…Kenapa Allah pilih Nabi Isa..?

Ustaz kata, Nabi Isa di turunkan untuk baginda bersihkan namanya, berkaitan peristiwa baginda disalib… Diluar itu, pada saat
peristiwa Israk Mikraj baginda memberi salam pada Nabi Muhammad SAW…Oleh kerana mengetahui keunggulan jadi umat Nabi Muhammad jadi
baginda berdoa dan bermohon pada Allah supaya diperbolehkan untuk jadi sebahagian umat Muhammad..

Jadi doa Nabi Isa itu telah Allah Swt perkenankan.. Karena itu baginda di turunkan bila hampir kiamat nanti…Seperti yang di ketahui, waktu Nabi Isa diangkat ke langit dahulu, baginda masih tetap bujang dan belum berkahwin. Turunnya baginda ke bumi, setelah berjaya membunuh dajjal laknatullah dijelaskan baginda akan memerintah di dunia ini sampai 40 tahun.. dan baginda akan Allah dapatkan jodoh, di beri kesempatan berkahwin dan berkeluarga seperti nabi-nabi lain.

Hingga sampai tempoh yang ALLAH berikanlah, jadi baginda akan diwafatkan.. Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab…Begitu kisahnya..
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "TAHUKAH ANDA?KENAPA BUKAN NABI MUHAMMAD SAW TAPI NABI ISA YANG DIPILIH ALLAH SWT, UNTUK BUNUH DADJJAL. !!!"